Quantcast
Channel: beliamuda {dot} com » Buku
Viewing all articles
Browse latest Browse all 10

Cover Novel Sunan Musafir

$
0
0

Salam sejahtera buat semua.

Novel Sunan Musafir

Sebelum ini ada saya menulis mengenai novel Sunan Musafir yang ditulis oleh Ramlee Awang Murshid tidak akan sempat menjengah di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL 2012) kerana tidak sempat dicetak. Namun, dalam perkembangan terbaru yang diketahui, peminat RAM akan berkesempatan untuk mendapatkan novel Sunan Musafir pada penghujung PBAKL 2012 nanti.

Namun, novel Sunan Musafir yang boleh didapati di penghujung PBAKL 2012 nanti ialah edisi terhad yang dicetak hanya 1000 salinan dan menggunakan kulit keras (baca: hardcover). Harga novel Sunan Musafir edisi kulit keras ini ialah RM33. Bagi yang berminat untuk mendapatkannya, jangan lupa untuk menjengah Karangkraf Mall di Dewan Tun Dr Ismail untuk mendapatkannya.

beliamuda: Untuk makluman, Ramlee Awang Murshid akan berada di Pesta Buku untuk Sesi Temu Mesra Penulis pada 1, 4, 5 & 6 Mei sahaja.Masa akan diumumkan kemudian. Maklumat ini dikutip daripada FB RAMFC.

(Dilawati sebanyak 3,001 kali, 1 kali hari ini)

Viewing all articles
Browse latest Browse all 10

Latest Images